Wednesday, April 6, 2016

BUNGA RAFFLESIA : Bunga terbesar di dunia !

Bunga Rafflesia - 82 CM, Ranau 2016

Jika admin tanya 10 orang keliling admin, apa itu Bunga Rafflesia, pasti ramai yang tau rupa bentuknya. Tetapi jika admin tanya semula 10 orang yang sama, pernahkah melihat Bunga Rafflesia dengan mata kepala sendiri ? Admin berani gerenti tidak lebih dari 2-3 orang yang pernah melihatnya.

Admin butirkan secara terperinci tentang Bunga Rafflesia :)

APA ITU RAFFLESIA ?

Rafflesia, BUNGA YANG TERBESAR DI DUNIA, jarang ditemui dan unik bagi hutan hujan tropika. Taburan Bunga Rafflesia adalah sangat terhad dan hanya tumbuh di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Bunga Rafflesia juga mempunyai ciri - ciri biologi yang unik. Rafflesia juga disebut sebagai Bunga Pakma dalam Bahasa Melayu terutamanya di Semenanjung Malaysia, Jawa dan Sumatera.


Famili Rafflesia

Rafflesia adalah satu keluarga tumbuhan yang mengandungi kira - kira 55 spesies dalam lapan genera. Rafflesia tergolong dalam famili parasitik, tidak berakar, tanpa klorofil, dan monoecious ( kedua - dua jantina dalam individu yang sama ) atau dioecious ( dengan individu unisexual ).

Bunga Rafflesia sejenis parasit yang hanya tumbuh pada tumbuhan perumah ( spesifik ) bernama Tetrastigma sp. daripada keluarga anggur liar. Genus Rafflesia mengandungi 20 spesies dan kesemuanya tumbuh di hutan Asia Tenggara.

Antara salah satu tempat yang kita boleh lihat Bunga Rafflesia di Ranau
Saiz Bunga

Sesetengah spesis Bunga Rafflesia adalah bersaiz kecil dan hanya berdiameter 15cm dan ada spesis Rafflesia yang mempunyai saiz sangat besar ( rekod di catatkan melebihi 90 cm ).

Untuk melihat Bunga Rafflesia hidup ni secara lebih dekat, anda bolehlah ke Ranau. Dalam perjalanan ke Poring Hot Spring Ranau, anda akan lihat di kiri kanan jalan akan di pasang kain rentang bertujuan untuk memberitahu akan kewujudan bunga pada hari tersebut.

Bunga Rafflesia ini tumbuh liar. Sekiranya ia tumbuh di rumah penduduk sekitar Ranau, maka mereka akan menjaga bunga tersebut dan akan mengenakan caj bagi pelancong yang ingin melihat sendiri keunikan Bunga Rafflesia.
Pelancong dari Negeri Sembilan


Tips semasa hendak mencari / melihat Bunga Rafflesia :-
  1. Cuba bandingkan antara tiga hingga empat kain rentang yang anda jumpa
  2. Untuk memastikan apa yang anda bayar dan lihat itu berbaloi, rajin - rajinlah bertanya tentang ciri - ciri bunga tersebut, antaranya ialah :-
  •    USIA BUNGA :- Bunga Rafflesia mengambil masa lebih kurang 9 bulan untuk kembang, tetapi hanya ambil masa lebih kurang 6-8 hari sahaja untuk hidup. Usia bunga pada 1 hingga 4 hari adalah antara masa yang terbaik untuk anda bayar, masuk dan lihat sendiri keunikan bunga tersebut. Jika ianya melebihi usianya, bunga tersebut akan berubah warna kehitaman. 
Bunga Rafflesia yang berusia lebih dari seminggu. 
  • HARGA :- Sebelum anda memilih lokasi untuk melihat Bunga Rafflesia, pastikan anda membuat perbandingan pada iklan - iklan yang di paparkan. Ada tempat yang mengenakan caj sehingga RM 30-50 per pax,  ada juga yang hanya mengenakan bayaran masuk RM 10 per pax. 
  • MASUK BERKUMPULAN :- Sekiranya anda datang secara berjemaah, harga untuk masuk ke sana mungkin jauh lebih murah, memandangkan anda datang secara beramai, harga mungkin boleh dirunding kepada penjaganya.

Anda mahu kesana ? tidak tahu macam mana ? Perlukan Agen pelancongan untuk bawa anda kesana ? pertama kali ke Sabah ? 

biar kami jawab semua soalan tu..

Pakej Domestik, Pakej Antarabangsa, Pakej Inbound / Outbound, Pakej Umrah, Homestay, Pakej Island Hopping, Pakej Scuba Diving, anda sebut, kami bersedia bawakan memori indah untuk anda sepanjang percutian anda ke Sabah.

Hubungi kami :

HOTLINE : ( Whatsapp / Telegram / Wechat ) +60 10 930 8162 / +60 10 584 6629
OFFICE : +60 88 274 174
FAX : +60 88 274 175
EMAIL : borneostarland@gmail.com
FACEBOOK : bit.ly/BeSTTTravel





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...