Tuesday, April 5, 2016

OUTDOOR ACTIVITY : Hiking Di Crystal Hill, Kundasang, Sabah

Sebut sahaja Kundasang, masing - masing akan terbayangkan keindahan Gunung Kinabalu, cuaca sejuk di sekitar Kundasang, dan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara dari kehijauan flora dan fauna.. :D

Tetapi ada satu tempat ( baru ) di Kundasang yang ramai tidak tahu, jika kita kesana kita pasti akan terpegun dengan keindahannya. Admin tak pasti nama sebenar tempat ni tapi Admin gelarkan dia Crystall Hill.

Kenapa di panggil Crystal Hill ?
Crystal Hill sebenarnya nama sebuah Resort yang terletak di Kundasang. Untuk kesana, anda perlu memandu naik keatas bukit lebih kurang 8-10 minit dari Pekan Kundasang. Jika anda tidak tahu untuk kesana, jalan utama untuk kesana adalah jalan yang sama untuk anda naik ke Heritage Hotel. Anda akan lihat papan tanda Crystal Hill Resort di sebelah kiri anda. Kemudian anda akan jumpa jalan yang boleh dikatakan cukup - cukup muat untuk 2 kenderaan berselisih rapat :D

Pastikan anda jumpa papan tanda 'Crystal Hill' ini, untuk masuk ke bukit tersebut.
Sebelum sampai ke bukit tersebut, anda akan jumpa satu papan tanda putih 'Crystal Hill' ( rujuk gambar ), di kawasan itulah anda boleh parking kenderaan anda. ( HARUS DIINGAT, KAWASAN PARKING DISINI SANGAT TERHAD. SILA RANCANG PERJALANAN ANDA SEBAIKNYA )

Di bawah ini Admin kongsikan lagi koleksi gambar di sekitar Crystal Hill yang sempat di snap ;)

Laluan masuk utama.
lagi...

Selepas jalan beberapa puluh meter dari laluan masuk utama
dan lagi... :)

separuh perjalanan... 
dan lagi dan lagi...



Ini lah hasilnya, setelah berjalan menuruni bukit yang licin dan kering.

Sememangnya satu pengalaman yang paling menarik sekiranya anda jejakkan kaki kesini. Pemandangannya yang sungguh indah dan tenang bila anda berdiri disini sambil melihat keajaiban Gunung Kinabalu ( walaupun sudah berubah bentuk selepas gempa bumi ).

Anda mahu kesana ? tidak tahu macam mana ? Perlukan Agen pelancongan untuk bawa anda kesana ? pertama kali ke Sabah ? 

biar kami jawab semua soalan tu..

Pakej Domestik, Pakej Antarabangsa, Pakej Inbound / Outbound, Pakej Umrah, Homestay, Pakej Island Hopping, Pakej Scuba Diving, anda sebut, kami bersedia bawakan memori indah untuk anda sepanjang percutian anda ke Sabah.

Hubungi kami :

HOTLINE : ( Whatsapp / Telegram / Wechat ) +60 12 244 1375
OFFICE : +60 88 274 174
FAX : +60 88 274 175
EMAIL : borneostarland@gmail.com
FACEBOOK : bit.ly/BeSTTTravel







4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hi shaj.. Utk naik ke Crystal Hill ni.. Kita boleh gunakan kereta naik ke atas dulu.. Then turun ke tengah baru jalan kaki..

      Perjalanan ( jalan kaki saja) ambik masa x smpai 5 minit

      Kalau dari pekan Kundasang nak naik keatas guna kereta.. Ambik masa lebih kurang 10 minit driving

      *maaf ya lambat reply :)

      Delete
  3. In shaa Allah..ada rezeki nk ke Crystal Hill plk...br balik dr KK tp mcm nak g lagi...hihihiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...